Kerajaan Pahang sudah menghantar semua laporan yang diperlukan kepada pertubuhan pendidikan kebudayaan dan saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mengekalkan status Tasik Chini sebagai rizab Biosfera.
Tanpa memberitahu tarikh laporan tersebut dihantar, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, segala keputusan mengenai status itu akan diumumkan UNESCO.